questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world



Eherm, First... When you look at a person, remember that everyone has a story. Everyone has gone through something that has changed them. And please, don't assume that you know the whole story just because you read the summary. Benda baik kita kongsi

Semoga Allah merahmatimu ;D
Maafkan aku
Saturday 14 March 2015 @ 03:51

“Bersahabatlah dengan orang yang sentiasa mendapingimu dan kata-katanya menyedarkanmu ke jalan Allah SWT.” 

Wahai sahabat yang aku rindui kerana Allah SWT, mungkin masih belum kuat untuk aku katakan bahawa aku ingin persahabatan yang terjalin ini tersimpul hingga ke syurga. Aku tahu, aku bukanlah sahabat yang baik. Aku bukanlah sahabat yang mampu menenangkanmu kala dirimu dalam amarah. Aku bukanlah sahabat yang selalu mengiakan setiap kata-katamu dan perbuatanmu. Aku juga bukan sahabat yang selalu mendampingimu. Bukan sahabat yang selalu hadir dengan senyuman dihadapanmu. Aku bukanlah sahabat yang selesa untuk kau luahkan segala kepedihan itu. Aku mengaku, benar. Memang benar semua itu. Namun, dalam diam aku menyayangimu kerana tuhan Yang Satu. Setiap apa yang kita lakukan aku mengharapkan keredaan Allah SWT. Aku takut. Aku takut bicara lantangku menyakitkanmu. Lalu aku diamkan. Aku takut kekasaran dalam perlakuanku membosankanmu. Lalu aku diamkan. Aku takut nasihat yang aku berikan mengguris hatimu yang suci itu. Lalu aku diamkan. Dan aku tahu, bagimu aku cuma teman biasa. Yang hadir dan pergi dalam hidupmu. Yang ada waktu senangmu tidak waktu susahmu. Yang hanya diam mendengar penjelasanmu kerana bosan. Namun sahabat, tanpa suara aku berdoa. Sedihmu aku rasa. Tawamu aku gembira. Tanpa tahumu aku tanyakan mereka. Tanpa tahumu aku memikirkan jalan keluar pada masalah itu




Sahabat yang cintanya hanya untuk Allah, sesungguhnya aku takut.  Aku takut kehilangan seorang yang aku anggap sahabat. Aku takut untuk meletakkan ukhwah ini pada tahap yang tinggi. Aku takut andai aku benar menyayangimu sepenuh hati. Aku takut aku tidak kuat andai engkau pergi suatu ketika nanti. Aku juga takut ukhwah ini berakhir sepi. Aku takut aku tidak mampu membawa gelaran ‘sahabat’ yang murni itu. Maafkan aku sahabat. Aku akan tetap menyayangimu dalam diam. Aku akan terus mendoakanmu dalam setiap sujudku. Biarlah ukhwah ini sepi namun aku janji, akan terus mewangi sehingga mati. Biarlah ukhwah ini menjadi rahsia antara aku dan Pencipta. Biar aku bina taman kita di syurga tanpa sebarang kata. Biarkan semua ini terus begini, kerana aku lebih selesa untuk berdiam tanpa suara. Daripada menyakitimu tanpa rasa. Tujuanku tulis tinta tanpa dakwat ini bukan untuk mengusarkan hatimu. Bukan untuk meminta ihsanmu. Dan bukan juga untuk menyakitimu. Mungkin ini luahan aku. Hal perasaan aku lebih gemar salurkan melalui penulisan. Dan ketahuilah, pohonku pada Allah SWT siang dan malam agar persahabatan yang terjalin ini hingga ke syurga. Insha Allah.