questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world



Eherm, First... When you look at a person, remember that everyone has a story. Everyone has gone through something that has changed them. And please, don't assume that you know the whole story just because you read the summary. Benda baik kita kongsi

Semoga Allah merahmatimu ;D
Ayah
Thursday, 28 November 2013 @ 09:57

Assalamualaikum,




Ayah, walau tawamu bukan mudah untuk aku dengari tapi. Bila aku lakukan sesuatu yang membawa kepada tawamu itu. aku bahagia. Aku bangga. Ayah, walau senyummu susah untukmu perlihatkan dihadapan anak-anakmu. Namun aku tahu. Aku tahu yang hatimu terseyum kala anak yang ayah tatang bagai minyak yang penuh ini berjaya dalam hidupnya. Ayah, walau susah untuk ayah ungkapkan yang ayah sangat menyayangi diri ini tapi aku rasa kasih sayangmu dalam segala perbuatanmu. Ayah, mungkin tidak memelukku setiap masa tapi ayah akan cuba untuk memahamiku kala aku kesusahan, kala aku rasa kekosongan ayah hulurkan tangannya yang penuh keringat itu untuk membantu.

 Pada suatu malam, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Lalu aku kaku kan diri kerana melihat seorang lelaki memasuki bilikku. Aku lihat lelaki ini berdiri di bersebelahan katilku. Dia merenung kearahku. Lama. Terlalu lama. Lalu lelaki ini tunduk mencium dahiku. Dapat aku rasa titis hangat yang menyapa pipiku tak kala bibirnya menyentuh dahiku. Aku masih kaku. Aku tahu, lelaki ini menitiskan air matanya yang cukup berharga bagiku. Lelaki ini bangun perlahan kerna takut lenaku terganggu. Lalu dia menutup pintu bilikku perlahan-lahan. Aku kenal lelaki ini. Cukup kenal. Lelaki ini lelaki pertama yang menciumku kala ibu masih lemah betarung nyawa untukku. Lelaki ini lelaki pertama yang mengalunkan kalimah suci untuk aku dengari. Lelaki ini lelaki pertama yang menjadi imamku untuk mencari redha-Mu . Aku kenal lelaki ini. Cukup kenal. Lelaki ini lelaki yang aku panggil Ayah. 

 

Come dear, I will show you the right path. Sincerely, your father
[Picture: Fraser's Hill [2012]

Ayah, mungkin tidak seperti ibu yang membelaiku kala aku dalam kesedihan. Tapi aku dapat rasai dakapannya kala aku lihat wajah itu. Aku dapat rasai belaiannya kala mata kuyu itu merenung dengan penuh harapan. Aku tahu yang dia ingin mendakapku, aku tahu yang dia ingin membelaiku, aku tahu yang dia ingin aku rasa pelukkan hangatnya tetapi dia takut. Dia takut anaknya yang dikasihi ini akan terlalu selesa dengan dakapannya. Dia takut anaknya yang dia anggap mentah untuk berhadapan dengan masalah ini tidak rela sekiranya dia meninggalkan aku kelak. Ayah. Sepanjang hayatku, hanya satu permintaan yang aku pinta darimu,  izinkan anak yang banyak dosa terhadapmu ini memimpin tanganmu dan ibu menuru ke syurga Allah Al- Khaliq

Terkadang bila aku muhasabah diri, aku fikirkan mereka. Aku rasa takut. Takut untuk kehilangan keduanya. Aku rasa aku tak mempunyai apa-apa lagi. Tapi aku silap, percaturan aku salah. Pemikiran aku salah. Aku lupa yang Allah masih bersamaku. Allah masih ada untuk aku mengadu. Jiwa yang jahil ini lupa. Hati yang lalai ini alpa. Bahawa Allah mungkin tengah mengujiku dengan rasa kekosongan.




Wahai sahabat, aku mungkin masih ada kedua orang tuaku. Mungkin engkau telah kehilangan mereka. Ingatlah wahai sahabat yang berjiwa jihad, aku mungkin tidak merasa payahnya kehilangan mereka sama sepertimu. Mencari kekuatan untuk bangun semula selepas tonggakmu dijemput Allah. Tapi sahabat yang dikasihi oleh Allah Maha Memiliki Arasyh. Ingat. Engkau bertuah kerana Allah memilihmu dikalangan berjuta manusia untuk menerima dugaan-Nya. Dalam berjuta manusia Allah ingin mendengar rintihanmu, Allah rindu mendengar keluh keesahmu. Allah sayang akan dirimu. Sematkan lah ini dalam jiwamu yang besar itu. Agar terus bersangka baik terhadap-Nya. Dan ingat sahabat

   Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
"Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian terhadapnya kerana aku ingin mendengar rintihannya" [HR. Thabrani dari Abu Umamah]



p/s: Pesananku hanya satu, Allah selalu ada untuk hamba-Nya yang sabar.