questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world



Eherm, First... When you look at a person, remember that everyone has a story. Everyone has gone through something that has changed them. And please, don't assume that you know the whole story just because you read the summary. Benda baik kita kongsi

Semoga Allah merahmatimu ;D
doaku ibadahku
Wednesday, 27 November 2013 @ 11:24

Assalamualaikum Sahabat,
Semoga Allah merahmatimu dan menjaga hati besarmu itu. Rabb, peliharalah hati-hati mereka itu.




Doa. Memohon kepada Allah yang memiliki Araysh dengan sepenuh hati. Berdoa bukan saja ingin meminta apa yang dihajati bahkan untuk memohon keampunan dari-Nya atas kesalahan yang kita lakukan. Ya, semua orang mempunyai kemahuan yang hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan-Nya tetapi. Sedarkah bahawa setiap permintaan yang dipinta itu baik atau buruk untuk kita? Tahukah kita? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

Tahukah kita bahawa apa yang kita pinta itu membawa keburukkan kepada kita atupun kebaikan kepada kita? Sedarkah kita wahai manusia yang tidak suci dari melakukan kesilapan terhadap Pencipta? Kita tidak tahukan? Habis, kenapa kita berputus asa kepada Allah SWT? Kenapa kita ragu dengan Allah SWT? Kan Allah dah kata;



Wahai sahabat yang memiliki jiwa yang takut kepada Rabbul A'lam, yang memiliki jiwa mujahid dan mujahidah Islam, jangan berfikiran bahawa Allah SWT tidak mendengar rintihan, keluhan kita. Salah. Bahkan Allah SWT hitung titis-titis jernih yang gugur tak kala hati meminta kepada-Nya. Allah SWT peluk hati kita dikala sepi mencengkam. Allah SWT dakap hati kita dikala kita keresahan. Allah sapa diri kita ketika sedang nyenyak tidur untuk berjumpa dengan-Nya. Percayalah, Allah SWT ada dengan kita tapi mugkin kita tidak merasai kehadiran-Nya.

Allah boleh memberikan dengan sekelip mata dan boleh menarik nikmat dengan sekalip mata sahaja. Allah berkuasa. Allah tidak memberikan apa yang kita iginkan tetapi Allah memberikan apa yang kita perlukan. Kita meminta kekuatan, dan Allah memberikan kita kesukaran untuk membuatkan kita kuat. Kita minta kebijaksanaan, dan Allah memberikan kita masalah untuk diselesaikan. Kita meminta keberanian dan Allah memberikan kita halangan untuk diatasi. Kita meminta kasih sayang dan Allah memberikan kita orang-orang bermasalah untuk dibantu. Kita meminta pertolongan, dan Allah memberikan kita peluang. Mungkin kita tidak menerima apa-apa yang kita mahu tetapi kita menerima semua yang kita perlu. Allah itu Maha Adil. Ingat ni;





Maka teruskan berdoa kepada Allah Ya Rahman. Mungkin juga Allah merindui rintihan kita. Mungkin juga dosa kita masa dahulu yang membelenggu. Tanya pada diri kita, cukupkah amalan yang kita lakukan sebelum meminta kepada Allah. Layakkah kita? Jika usaha bersulamkan tawakal yang telah dilakukan, maka redha dengan apa yang Allah kurniakan. Mungkin Allah nak uji sejauh mana  kesabaran makluk-Nya yang sentiasa mengingati-Nya dikala senang dan susah. Mungkin yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita. Percaya pada Allah. Insha Allah.


p:s/ Ingin aku kongsikan sedikit penetahuan tentang adap berdoa


Semoga Allah memberi apa yang engkau pintakan. Amin.




Ini aku. Insha Allah