questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world



Eherm, First... When you look at a person, remember that everyone has a story. Everyone has gone through something that has changed them. And please, don't assume that you know the whole story just because you read the summary. Benda baik kita kongsi

Semoga Allah merahmatimu ;D
Redha dalam perubahan
Sunday, 24 November 2013 @ 07:08

Assalamualaikum,



Dapat buku, ada note dan. Ya Rabb, tersentak bila baca note ni. Thanks Nur Syifa Sofea Bt Abdul Rahman. Thanks fia. Rindunya masa usrah dulu. Rindu Kak Sara, Kak Ana. Kak Naufal. Kak Ain. Yang dah banyak bantu yana. Thank you so much. Ukhwah fillah.




Jangan pernah putus asa dengan Allah SWT. Mungkin Dia ingin melihat sejauh mana kekuatan hamba-Nya untuk berusaha, untuk bersabar dengan apa yang diuji. Berusahalah sedaya mungkin. Janganlah pinta kepada Allah SWT apa yang kita inginkan, sedangkan kita tidak berusaha walau hanya sebesar zarah. Umpama masuk ke dalam rumah orang tanpa memberi salam dan terus memintanya makanan. Sedangkan tuan rumah itu tidakpun mengenali dirinya. Wajarkah? Adakah kita sebagai tuan rumah itu ingin memberikannya makanan seperti yang dipinta? Macam itu juga kita, kita meminta sesuatu yang kita mahukan, sesuatu yang kita idamkan tetapi tidak berusaha untuk memilikinya, kita tidak bersusah payah untuk mendapatkannya. Allah SWT hitung usaha kita. Alah SWT lihat sejauh mana usaha kita. 


Setelah kita berusaha, maka bertawakallah kepada-Nya. Berserah kepada Allah SWT. Dia yang menentukan sama ada kita layak ataupun tidak untuk memiliki apa yang diinginkan. Janganlah hanya mulut mengatakan "Ya, aku bertawakal segalanya kepada Allah SWT" sedang hati "Betulakah apa yang aku lakukan ini. Adakah aku mampu melakukannnya". Kan Allah SWT dah janji; 


 p/s:
Aku juga jahil, jahil dari dari awak yang tengah membaca ni. Jika lihat aku dulu, mungkin awak tidak percaya yang menulis ini adalah aku. Ya, Perubahan. Semua orang perlukan perubahan. Hijrah itu manis dalam pahit. Awak mungkin lihat susah, ya . Memang susah. Tapi dalam susah ada manisnya. Manisnya hijrah itu selepas segala kepahitan yang dirasai. Kita hijrah bersama.