questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world



Eherm, First... When you look at a person, remember that everyone has a story. Everyone has gone through something that has changed them. And please, don't assume that you know the whole story just because you read the summary. Benda baik kita kongsi

Semoga Allah merahmatimu ;D
Pelangi Kehidupan
Friday, 31 January 2014 @ 10:06

Assalamualikum wahai sahabat yang menginginkan syurga,



Ramai di antara kita yang menginginkan pelangi dalam kehidupan mereka. Bukan mudah untuk kita berjuang pada jalan yang diredai-Nya. Dalam kehidupan terlalu banyak warna-warna yang mampu mengubah hari-hari yang suram menjadi indah. Dapat mewarnai memori-memori lama menjadi kenangan manis. Akan aku akui, susah untuk menempuh hari yang mendatang. Perit untuk dihadam. Pedih juga untuk dirasai. Wahai sahabat yang aku cintai kerana Rabb ku, masih jauh perjuangan kita dalam mencari redha-Nya. Masih jauh perjalanan kita menemui-Nya. Kuatakanlah hatimu yang suci itu, kentalkanlah jiwamu yang besar itu. Agar kita sama-sama menuju syurga-Nya. 

Wahai sahabat, ingin aku katakan, janganlah kamu mengalah dengan apa yang berlaku. Adakah apa yang kamu usahakan selama ini ditinggalkan setengah jalan? Hanya disebabkan Allah SWT menanggguh apa yang kita inginkan untuk menggantikannya dengan yang lebih baik? Sungguh, jangan kamu persiakan apa yang telah kamu perjuangkan. Wahai sahabatkku yang baik akhlaknya, jangan sesekali kamu berputus asa dengan Rabbul Izati. Jangan sahabat. Jangan kamu masukkan dirimu dalam golongan yang rugi. Percayalah pada Al Rahman.


Sahabat yang berjiwa jihad, kuatkanlah hatimu kerana Allah. Bersabarkan dengan apa yang Allah telah takdirkan untukmu. Sesungguhnya dia lebih mengetahui. Jika hatimu merasai lelah dalam kehidupan dengan segala ujian, ingatkanlah jiwamu yang besar itu tentang janji Allah. Jika kamu berusaha tetapi kamu gagal. Kuatlah wahai teman. Bangunlah kerana masih ramai yang berusaha lebih darimu, akhirnya dia juga kecundang sepertimu. Sematkanlah wahai teman, bahawa Allah bukan melihat kejayaanmu tetapi Allah melihat usahamu untuk berjaya itu. 


Sahabat, jangan kamu persiakan usahamu itu. Mungkin dengan hanya sekecil usaha mampu mengubah kehidupanmu kelak. Berdoalah agar usahamu mendapat keredaan Sang Pencipta. Tiada yang indah selain usaha yang berbekalkan doa, bersertakan tawakal dan diakhirkan dengan redha.  Kuatkanlah jiwamu itu.




p/s: Teman, aku buakan siapa-siapa yang baik akhlaknya. Bukan siapa-siapa yang kuat pengangan agamanya. Bukan juga siapa-siapa yang kental jiwanya. Aku cuma manusia yang diberikan hati untuk melihat sahabat seperjuanganku berjaya mengharungi kehidupan mereka bersandarkan kalimah syahadah yang mereka janjikan. Maafkan diri ini andai apa yang aku sampaikan ini satu kesalahan.