questions
of
the
heart
Welcome.
it's a small world



Eherm, First... When you look at a person, remember that everyone has a story. Everyone has gone through something that has changed them. And please, don't assume that you know the whole story just because you read the summary. Benda baik kita kongsi

Semoga Allah merahmatimu ;D
Hari ini.
Sunday, 11 January 2015 @ 00:14

Assalamualaikum. Selawat dan salam atas junjungan besar, kekasih tuhan, Muhammad SAW.


Hari ini, tuhan masih memberikan kita kesejahteraan untuk terus melangkah sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini. Syukur, hari ini masih terlihat wajah kedua ibu dan ayah kita. Hari ini masih terasa belaian kasih sang ibu tercinta. Hari ini kita masih dalam dakapan sang ayah walaupun dakapannya hanya dari pandangan mata tua itu. Syukur.

Hari ini kita masih nyenyak tidur walaupun banyak masalah yang menghantui. Hari ini kita nyenyak tidur walaupun dalam bayangan masa lampau. Kita masih nyenyak tidur walaupun esok hari penentu untuk masa depan kita. Kita masih nyenyak tidur walaupun saudara seislam kita di bunuh merata dunia. Kita masih nyenyak tidur walaupun ada setengah di antara kita merintih meminta kepada ibunya setitik air untuk terus hidup.


Dan juga mungkin hari ini kita sedar. Sedar bahawa selama ini banyak masa telah kita habiskan untuk perkara yang sia-sia. Mungkin juga hari ini kita bertaubat atas dosa kita selama ini yang tersimpan kukuh. Mungkin juga hari ini kita telah memerdekakan seseorang tanpa sedar. Mungkin juga hari ini doa kita tidak ditangguh untuk secebis ujian. Mungkin juga hari ini kita putus asa dengan tuhan sedangkan telah diutuskan malaikat untuk membawa taubat kita ke langit. Mungkin juga hari ini, hari terakhir kita di atas muka bumi ini.